BLOG RASMI AURA EMAS.NET "Kebahagiaan Dunia&Akhirat"

Perunding Pelaburan Emas & Pengurusan Pinjaman Peribadi

  • Cara Nak Mula
  • Cerita Emas
  • Harga Emas
  • Hubungi
  • Motivasi
  • Produk Emas
  • Soalan Hot

TRANSFORMASI MENYIMPAN WANG KERTAS KEPADA “EMAS”

Posted by auraemas on February 20, 2012
Posted in: Pg News. Leave a Comment

SERING KALI bila disebut emas ,ia dijelaskan tentang sifat fizikal,warna dan perkara berkaitan aspek ilmu kimia atau kejadiannya secara saintifik.

Emas adalah mata wang dan komiditi sebenar.Ramai yang tidak memahami nilai emas kerana tidak dapat membezakan antara wang dan duit.Sifat matawang seharusnya kekal nilainya.Ramai lagi yang tidak faham tujuan sebenar menyimpan atau memiliki emas.

Ramai beranggapan bahawa memilikki emas ,untuk menjana keuntungan
jika itu saja yang anda faham mengenai emas maka tanggapan anda adalah salah.
Tidak dinafikan bahawa emas memberi keuntungan tetapi tujuan sebenarnya adalah kerana ingin melindungi nilai duit kertas yang semakin susut.Sering kita mengatakan bahawa barang keperluan itu meningkat harganya,sebenarnya apa yang terjadi adalah berbeza,duit kertas yang kita guna pakai itulah yang berkurangan nilainya.Sebagai contoh,bandingkan RM1 sepuluh tahun lalu umpama nilai RM3 atau RM4 hari ini.
Rumusannya,jika anda menyimpan duit kertas tunai semata-mata sebagai simpanan,anda akan rugi.Sebabnya?pada masa akan datang,simpanan anda mungkin sudah tidak mencukupi untuk memiliki keperluan yang anda ingin beli ketika itu.

Laporan terbaru mengenai kajian lanjutan umur bekerja dari 58 tahun kepadaq 60 tahun,sangat memeranjatkan.Oleh kerana ramai pesara yang tidak dapat terus bersara dan perlu bekerja semula.Ini adalah kerana kajian mendapati majoriti golongan pesara yang mencarum didalam KWSP menghabiskan simpanan mereka selama 20-30 tahun bekerja,hanya dalam tempoh 3 – 5 tahun.
Mengapa?sebenarnya apa yang mereka simpan dulu tidak lagi mencukupi untuk menampung kos hidup pada hari ini.Kita masih memerlukan simpanan lain terutamanya emas.

APA ITU EMAS?Emas adalah matawang sebenar,yang tidak berkurang nilai.MENGAPA EMAS?kerana emas melindungi anda daripada kejadian yang tidak menyenangkan diatas.Emas membantu anda menjana keuntungan.Emas bakal memberikan persaraan yang sempurna.emas juga membina ummah daripada sudut pengagihan zakatnya.

Peluang pelaburan dalam bentuk simpanan emas yang kenaikan purata 27% setahun dan menggandakan nilai harta tidak seharusnya dilepaskan.Pemerhatian menunjukkan yang masyarakat Melayu masih ketinggalan dari segi memilikki kekayaan.Oleh itu marilah kita sama-sama menambahkan aset emas kita selain hartanah atau properties.

KINI”USAHAWAN”SEPENUH MASA ,DAN SELAMAT TINGGAL KERJAYA”MAKAN GAJI”

Posted by auraemas on February 13, 2012
Posted in: Pg News. Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Apa kabar semua,semoga tahun 2012 ini akan banyak memberi tuah dan keceriaan kepada anda untuk terus menjana kejayaan dan kekayaan terutama dalam pelaburan emas.

Setelah berhempas pulas dan mencuba pelbagai perkara dalam erti kata mencari kejayaan,akhirnya dengan hati yang lapang dan gembira,saya telah mengambil langkah berani dan drastik untuk memberikan tumpuan penuh kepada perniagaan emas Public Gold dan juga telah meninggalkan kerjaya saya sebagai kakitangan swasta(MAKAN GAJI)lebih dari 15 tahun.(perbankan & Pentadbiran).

Isteri dan Keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan didalam perniagaan emas .Juga kepada orang yang bertanggung jawab membuka minda saya dan menjadikan saya supaya cekal untuk bergelar sebagai seorang usahawan iaitu Dato saadun bin Ari dan Mohd.Faeez bin Mazlan(Uncang emas) yang telah banyak memberi tunjuk ajar tentang pelaburan emas.
************ TERIMA KASIH KEPADA ANDA ************

Alhamdulillah,perniagaan ini telah banyak mengubah gaya hidup dan passive income saya.dan didalam tempoh ini juga saya telah melahirkan ramai usahawan melalui perniagaan emas ke seluruh Malaysia.Bagi saya emas adalah:

“KALIS KEMISKINAN DAN MAGNET KEKAYAAN”

Kepada mereka yang ingin menyertai kami di AURA EMAS GROUP,marilah kita bersama -sama berganding bahu menuju kejayaan dan mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat.

PENGURUSAN WANG BERASASKAN KETAKWAAN ELAK PEMBAZIRAN

Posted by auraemas on February 13, 2012
Posted in: Pg News. Leave a Comment

Krisis ekonomi yang melanda diseluruh dunia memberi kesan kepada rakyat Malaysia walaupun tidak seteruk dialami sesetengah negara.Apa yang jelas,dasar kerajaan dan kekuatan asas ekonomi negara banyak membantu mengurangkan kesan buruk kepada rakyat.
Pada masa sama,rakyat mempunyai peranan tersendiri ketika berdepan krisis ekonomi ini.Pengaruh sistem kapitalis yang mengamalkan konsep”bertuhankan kekayaan”(wang,harta,jenama dan pemilikan)meletakkan wang sebagai keutamaan dalam apa jua aspek kehidupan terutama perniagaan.Pepatah mengatakan “ada wang semua boleh jadi” ialah manifestasi kuasa wang dalam kehidupan moden.

Sebaliknya sistem ekonomi islam menjadikan wang sebagai “alat” untuk kesejahteraan dan kesempurnaan hidup.Pengurusan kewangan berasaskan kepada ketakwaan kepada Allah SWT akan membantu mengatasi masaalah ekonomi.Setiap usaha yang dilakukan akan mendapat pembalasan setimpal.
Firman Allah SWT bermaksud:”Sesiapa melakukan kebaikan samaada lelaki atau perempuan,semuanya akan mendapat kehidupan baik didunia dan akhirat serta mendapat balasan baik daripada apa yang mereka lakukan(surah An.Nahl,ayat 97).
Sebab itu apa saja dilakukan berkaitan rezeki dan ekonomi tidak terlepas mendapat pembalasan dari Allah.Justeru ,usaha mencari rezeki juga satu jihad yang mendapat balasan diakhirat.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud;”Sesiapa mencari rezeki halal untuk menjaga dirinya supaya tidak meminta-minta dan berusaha memenuhi keperluan hidup keluarganya,serta dapat pula membantu tetangganya,maka di akhirat kelak dia akan menemui Allah SWT dengan wajah berseri-seri bagaikan bulan purnama”(Riwayat Thabrani).

Kesan krisis ekonomi antara lain menyebabkan inflasi yang mana tingkat harga akan meningkat,sebab itu amat penting bagi umat islam mengamalkan berbelanja dengan berhemah.Ajaran islam menekankan aspek ini untuk mengelak berlaku pembaziran.Sikap boros akan menyebabkan masaalah inflasi semakin buruk.Mereka yang kaya sanggup membayar jumlah lebih tinggi asalkan apa dihajati tercapai.Bagi golongan kaya,peningkatan harga tidak memberi kesan buruk kerana mereka mampu membayar.sebaliknya masaalah besar terpaksa dihadapi golongan berpendapatan rendah,terutama mereka berpendapatan tetap yang mana terpaksa membayar lebih akibat kenaikan harga barang,sedangkan gaji mereka tidak meningkat.
Kepada golongan berpendapatan rendah,mereka perlu berusaha untuk mengubah nasib.Jangan hanya mengharapkan bantuan orang lain.Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha gigih untuk mengubahnya.Sesiapa berusaha gigih dan tekun dalam pekerjaan yang dilakukan ,mampu memmperolehi rezeki yang lebih.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi sesiapa yang melakukan usaha mencari rezeki dengan tekun.Sabda Rasulullah SAW bermaksud:”Sesungguhnya Allah amat mengasihi seseorang apabila melakukan sesuatu kerja,dilakukan dengan penuh tekun dan sebaik mungkin”(Riwayat Baihaqi).

INFLASI MEMBUNUH KEWANGAN ANDA,JIKA TIADA PERANCANGAN KEWANGAN DARI SEKARANG

Posted by auraemas on February 4, 2012
Posted in: Pg News. Leave a Comment


Inflasi pada perkiraan Bank Negara berada pada tahap 7-8% setahun.Bagaimana ia di tentukan tidaklah kita ketahui,tetapi mengikut Perancang Kewangan,kadar inflasi berada pada kadar 7.7%.

DIsini saya akan menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci,beserta dengan contoh terhampir dalam kehidupan kita apakah yang di maksudkan dengan “INFLASI” kepada pembaca yang melayari blog ini.

MAKSUD INFLASI ADALAH SUATU KADAR YANG DI TENTUKAN UNTUK MENGUKUR KENAIKAN HARGA BARANG DI PASARAN.

Mari kita lihat kesan INFLASI untuk 20 tahun akan datang.

Sebagai Contoh:-MAKANAN

Roti canai pada 5 tahun lepas berada pada tahap RM0.50 sekeping
sekarang 2012,ia berharga RM0.80 sekeping(kenaikan 37.5%).Harga mee udang Penang,5 tahun lepas berada pada tahap RM 5.00semangkuk.
sekarang 2012,berada pada tahap RM12.00 semangkuk(kenaikan 140%).

Sebuah keluarga pada hari ini membelanjakan RM20.00sehari untuk makan pagi,Tengahari dan malam,ini kadar termurah.Untuk 20 tahun lagi dengan kadar inflasi 6%,ia berada pada tahap RM64.15 SEHARI.20 tahun dari sekarang adalah ZAMAN PERSARAAN BAGI KEBANYAKAN ORANG SEKARANG.

SEHARI: RM64.15
SEBULAN: RM64.15 X 30=RM1924.5
SETAHUN: RM12 X RM1924.5=RM23,094.
(HANYA UNTUK MAKAN PAGI ,TENGAHARI DAN MALAM).
Maksudnya selepas bersara ,jika umur panjang masih boleh hidup 20 -30 tahun.
Andaikata masih hidup 25 tahun lagi selepas bersara,anda memerlukan
sebanyak RM23094 x 25 =RM577,350.
INI HANYA UNTUK PERBELANJAAN MAKANAN PAGI,TENGAHARI DAN MALAM.Tak termasuk belanja perubatan,wang sara hidup yang lain,bil-bil,hutang lain jika masih ada,tanggungan anak di universiti(kebanyakan pesara masih mempunyai anak belajar di universiti),hiburan dan rekreasi,percutian ,umrah dan haji.

Jika nak di kira semua,anda mungkin memerlukan antara RM4000-RM5000 sebulan bagi menyara kehidupan selepas bersara.Ini bermakna,untuk 25 tahun selepas bersara anda memerlukan :-
RM5000 X 12 BULAN X 25 TAHUN = RM1.5 JUTA.

Agak -agak KWSP anda “MAMPU” mencecah angka” JUTA” dalam masa 20 tahun dari sekarang?

Sebagai Contoh:PENDIDIKAN ANAK DI UNIVERSITI


Hari ini rata-rata pelajar IPT Awam meminjam RM 40,000 untuk biayai pendidikan mereka.IPT Swasta meminjam RM 60,000 atau lebih.

20 tahun akan datang dengan inflasi 5 – 6%,kos IPT Awam bakal mencecah RM111,438(RM 110,000 – 120,000).Tempat IPT Awam adalah sangat terhad,Persaingan sangat sengit.Sekarang jika anak “ANDA” cemerlang dalam SPM(Sijil Pelajaran Malaysia),belum tentu mereka boleh ke IPT Awam.Tajaan kerajaan keluar Negara hanyalah RM2000 setahun dengan kuota bumiputra telah dikurangkan baru -baru ini ke 50%.

Jika anak anda tiada pilihan dan terpaksa ke IPT Swasta,kos yang bakal di tanggung oleh anda adalah RM159,197(RM 150,000 -RM160,000).

PINJAMAN PELAJARAN
Jangan terkejut jika pada hari ini,pemberi pinjaman(Bank dan termasuk Institusi Kerajaan seperti PTPTN dan MARA mengenakan interest/bunga ke atas pinjaman.Cuba anda bayangkan pinjaman RM100,000 -RM150,000 jika di kenakan bunga pada kadar 3 – 6% setahun selama 10 tahun bayaran balik pinjaman,mereka akan untung antara RM 40,000 – 60,000.Jelaslah disini pinjaman pelajaran telah menjadi satu PRODUK YANG MENGUNTUNGKAN BANK DAN SESETENGAH INSTITUSI KERAJAAN.

BAYARAN BALIK YANG MEMBEBANKAN
Jika hari ini mereka yang meminjam RM 40,000 terpaksa membayar RM250 sebulan kepada pihak pemberi pinjaman.Bagaimana pula bagi anak anda yang bakal meminjam RM120,000 untuk 20 tahun akan datang?.Berapa jumlah yang terpaksa dibayar mereka?.RM500 sebulan ?
RM700 sebulan?.

Graduate yang baru bekerja didalam bidang Engineering,akan mendapat purata gaji RM2000 sebulan.Dengan kadar kenaikan gaji setahun yang rendah 2% setahun,bakal Jurutera 20 tahun akan datang bakal mendapat gaji permulaan sekitar RM3000 sebulan.
Jika RM500 terpaksa digunakan untuk membayar pinjaman pelajaran,bermakna 16% telah digunakan.Bagaimana mereka hendak merancang kewangan dengan berkesan jika 16% terpaksa digunakan untuk membayar balik liabiliti.Ini tak termasuk pinjaman kenderaan,rumah,pinjaman peribadi untuk kahwin dan sara kos sara hidup RM 2000 sebulan untuk makanan sahaja.

SEBAGAI CONTOH:KOS PERUBATAN DAN RAWATAN HOSPITAL

Angka yang hendak di tunjukkan kepada anda amatlah menakutkan.Yang pasti kos rawatan penyakit kritikal adalah di sekitar atau hampir RM 100,000 untuk 20 tahun akan datang.

Sekarang kos rawatan kanser melebihi RM100,000 untuk tahap 4,seperti yang menimpa pelakon Azean Irdawaty…ratusan ribu telah habis…cuba “ANDA ” bayangkan…..

Oleh itu bertindaklah dari sekarang dalam merancang kewangan “ANDA”.IA MEMANG PERLU,bagi memastikan kewangan anda tidak berada dilandasan yang salah dan membinasakan kehidupan persaraan anda .

PILIHLAH INSTRUMEN YANG SESUAI UNTUK MENGANDAKAN KEWANGAN ANDA SEPERTI MEMBUAT PELABURAN EMAS ,ASB,TABUNG HAJI,SAHAM 1 MALAYSIA DLL.
Lihat gambarajah di bawah:-

PROMOSI X – PLAN KEMBALI LAGI

Posted by auraemas on February 3, 2012
Posted in: Pg News. Leave a Comment

Salam sejahtera kepada semua pembaca.Promosi X-PLAN Public Gold kembali lagi.

Kepada anda yang ingin menukarkan apa jua jenis bentuk emas kepada Public Gold boleh datang ke pejabat yang berdekatan dengan tempat anda atau berurusan dengan ejen-ejen AURAEMAS GROUP di seluruh Malaysia.

Jika ingin berurusan dengan saya anda perlu letak INTRODUCER atau nama Mohd.Fadzil bin Ambok Tang ,dan selepas itu maklumkan kepada saya-019-7200911.

HATI-HATI PILIH EJEN PELABURAN EMAS (Elak Pelabur Jadi Mangsa Penipuan)

Posted by auraemas on February 1, 2012
Posted in: Pg News. Leave a Comment

KUALA LUMPUR 31 Jan-Orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih ejen sebelum membuat sebarang pelaburan melibatkan jongkong emas.

Profeser Ekonomi,Fakulti Ekonomi Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia(UUM).Prof.Datuk Amir Baharuddin berkata,perkara itu penting bagi mengelakkan pelabur menjadi mangsa ejen penipuan yang tidak bertanggungjawab.
Katanya,ORANG RAMAI HARUS BERHATI-HATI DAN MENYELIDIK TERLEBIH DAHULU LATAR BELAKANG EJEN DAN MEMASTIKAN EJEN TERSEBUT BERDAFTAR DAN BERTAULIAH.
Harus diingat ada ejen yang mengambil untung atas angin,jadi adalah lebih baik sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan sebelum bersetuju untuk membuat pelaburan.”Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata ejen yang menjanjikan keuntungan yang berlipat ganda kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.”katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas rintihan pengadu di kenali Tsuri didalam ruangan forum Utusan Malaysia semalam yang merasakan dirinya tertipu selepas cuba menjual semula ketulan emas miliknya di sebuah KEDAI dengan harga yang lebih rendah daripada harga belian dan semasa.

Tambahnya,adalah lebih baik sekiranya pelaburan emas itu di jadikan pelaburan jangka panjang dan bukannya pelaburan jangka pendek.Sementara itu ,Profeser Kewangan dan Perbankan di Kolej Perniagaan,UUM,Prof,Dr.Norhayati Ahmad menegaskan orang ramai perlu meneliti dan mengkaji pelaburan emas yang ingin disertai.
Katanya,sebelum membuat pelaburan,orang ramai haruslah mempersiapkan diri dengan mendapatkan pengetahuan berkenaan dengan selok belok pelaburan.
“Dengan adanya pengetahuan ,ia akan membantu dalam membuat keputusan an mengelakkan diri dari ditipu.
“Oleh itu ,sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan kita sudah memiliki pengetahuan secukupnya berkenaan dengan pelaburan yang ingin kita sertai dan orang didalamnya.katanya.

SEMINAR KENALI POTENSI DIRI….DALAM PERNIAGAAN

Posted by auraemas on January 31, 2012
Posted in: Pg News. Leave a Comment

Pada 28 Januari 2012 ,jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) ..Saya dan beberapa wakil dari AURA EMAS Group iaitu Encik Hamdan dari Batu Pahat ,Encik Fadzli dari Pontian dan Juga Encik Syarizan telah menghadiri kursus SEMINAR KENALI POTENSI DIRI DALAM PERNIAGAAN(Metafizik) yang telah di anjurkan oleh Uncang Emas Group.

Dalam Seminar tersebut saya sempat berbual dan bergambar dengan salah seorang mentor saya iaitu Encik Eddy Rosyadi,beliau adalah merupakan Pakar Motivasi Kaedah Pernomboran Dinamik &kolumnis Majaalah mingguan Wanita m/s 79,Kemunculan di TV AWANI,TV9-Nasi Lemak Kopi O,TV1-Selamat Pagi Malaysia,Beliau telah mengajar kaedah ini semenjak 8 tahun lalu ,dan antara pengguna kaedah ini adalah Prof.Dato’Dr.Ibrahim Ahmad(motivator dan Usahawan),Dr.Azizan Osman (Motivator dan Usahawan).

Perubahan yang amat ketara setelah menimba “ILMU KENALI POTENSI DIRI “Saya semakin bertambah yakin pada diri sendiri ,kita tahu di mana arah tuju dan apa yang harus dilakukan dalam memperbaiki perniagaan Emas

Kepada mereka yang diluar sana ,yang membaca blog ini …mulakan langkah anda

EMAS DIJANGKA MENCECAH RM 503.00 SATU GRAM MENJELANG 2020

Posted by auraemas on January 26, 2012
Posted in: Pg News. Leave a Comment

Standard Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160(RM503)satu gram menjelang 2020,disokong permintaan dari negara China dan India.

Ketua penyelidik global komiditinya ,Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isirumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

Beliau berkata,langkah Bank Pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.

“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat(AS) akan terus mengalakkan pelabur dan Bank Pusat membeli emas”katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

HSI,menambah harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak Bank Pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011,harga meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61(RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat.Bagaimanapun pada December lalu,harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan Dolar AS dan penjualan berterusan oleh Dana Lindung Nilai.Pada dagangan semalam harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia,Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank,Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya,sektor komiditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini.Sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit,getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan 8 peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.


Beliau berkata harga komiditi juga memainkan perann penting dalaam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama dikawasan kampung.
“Harga komiditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan dipasaran global”katanya.

Beliau berkata ,pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini meningkat daripada RM 3,216 tahun lalu.
Tai,berkata ,inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus tahun lalu,berikutan kestabilan harga komiditi dan makanan.beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia(BNM) akan mengurangkan kadar dasar sementara (OPR) ssebanyak 0.5 peratus tahun ini,bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada bulan Mac ini.Bank itu mengunjurkan Ringgit akan mencecah pada paras 3.03 berbanding Dollar AS menjelang akhir tahun ini,disokong harga komiditi yang kukuh.

EMAS TERUS JADI BURUAN PELABUR

Posted by auraemas on January 18, 2012
Posted in: Pg News. Leave a Comment

Pengukuhan harga emas yang dilihat sebagai alat pelaburan jangka panjang,semakin menarik minat orang ramai untuk membelinya sekaligus menawarkan prospek jualan yang baik.

Dalam sebuah akhbar ,Pengerusi Eksekutif Poh Kong Holdings sdn Bhd .Datuk Eddie Choon berkata bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2011,Syarikat beliau telah mencatatkan jualan sebanyak RM692.4 juta iaitu bertambah sebanyak 23.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.
malah beliau juga menjangkakan prestasi yang sama mampu dicapai pada tahun kewangan semasa ,berdasarkan pengukuhan harga emas dan permintaan semasa.Harga emas yang semakin meningkat tidak bererti permintaan akan jatuh,sebaliknya kadar jualannya lebih tinggi kerana mahu di jadikan sebagai alat pelaburan.

Katanya harga emas akan dijangka terus kukuh tahun ini kerana di pengaruhi oleh ketidakstabilan di Timur Tengah seperti mana yang berlaku pada pertengahan tahun lalu.Tahun lalu ,harga emas melonjak akibat ketidakstabilan politik dirantau Arab dan tertinggi direkodkan mencecah sehingga AS$1,900 seaun pada 5 September 2011,kata beliau.
Pada masa ini ,harga emas dunia diniagakan pada paras sekitar AS$1,600 seaun

PANDANGAN USTAZ BERKENAAN EMAS

Posted by auraemas on November 11, 2011
Posted in: Pg News. Leave a Comment

Posts navigation

← Older Entries
  • PENULIS

    KENALI AURAEMAS.NET
    auraemas.net adalah satu rangkaian Pelaburan,Penyimpan,Peminat dan Usahawan emas yang terbaik untuk anda.
    Kami juga masih mencari rangkaian di seluruh Malaysia.

    NAMA : MOHD.FAZIL B AM.TANG

    ASAL : PONTIAN JOHOR

    PERNIAGAAN : PENGURUS PERNIAGAAN EMAS

    PEKERJAAN : MEMBELI DAN MENJUAL JONGKONG EMAS

    NO.TEL : 019 -7200911

    E.MAIL :abang.wawasan@yahoo.com

  • Archives

    • February 2012
    • January 2012
    • November 2011
    • October 2011
    • August 2011
  • Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
  • Bandingkan Harga 2009

    Bandingkan Harga 2009
  • Harga PublicGold

  • Harga PublicDinar

  • Harga PublicSilver

  • Mari Download Sini

  • RANGKAIAN PEJABAT PUBLIC GOLD SELURUH MALAYSIA

    1)HEADQUARTERS
    12E,(First Floor)Jalan Rumbia
    Bukit Jambul,11900 Bayan Lepas,Pulau Pinang
    Malaysia
    Tel:04-6449999 Fax:04-6464916

    BRANCHES
    Public Gold Office (Penang)
    No:84,Lebuh Bishop,10200 Penang
    Tel:04-2619999 Fax04-2612916

    2)Public Gold Office (Selangor)
    42A,Jalan PJS 8/6(third floor)
    Mentari Business Park,Bandar sunway
    46150 Petaling Jaya selangor
    Tel:03-56348999 fax:03-56341916

    3)Public Gold Office ( Kota Bahru Kelantan)
    Tingkat 1 ,Lot 257,Jalan Kebun sultan
    15000 Kota Bahru Kelantan
    Tel:09-7462999 Fax:09-7478916

    4)Public Gold Office (Ipoh Perak)
    N0 45,45A & 45B,Jalan Yang Kalsom
    30250 Ipoh perak
    Tel:05-2428999 Fax:05-2428916

    5)Public Gold Office (Sungai Petani Kedah)
    No.86B,1st Floor Jalan Pengkalan
    Taman Pekan Baru
    08000 Sungai Petani Kedah
    Tel:04-4232999 Fax:04-4228916

    6)Public Gold Office(Taman Perling Johor)
    No45A&B,Jalan PersiaranPerling
    Taman Perling 81200 Johor Bahru Johor
    Tel:07-2358999 Fax:07-2369916

    7)Public Gold Office (Kuching sarawak)
    Lot 456 &457,3rd Floor
    Ai-Idrus Commercial Centre
    Jalan Satok 93400 Kuching sarawak
    Tel:082-252916 Fax-082253916

    8)Public Gold Office(K.Terengganu Terengganu)
    16A,1st &2nd Floor,Jalan Sultan Ismail
    20200 Kuala Terengganu
    tel:09-6263999 Fax:09-6266916

    9)Public Gold Office (Kuantan Pahang)
    A-6642 1st & 2nd Floor,Jalan Beserah
    25250 Kuantan Pahang
    Tel:09-5678916 fax:09-5679916

    10)Public Gold Office (Batu Berendam Melaka)
    No 9A 9B,Jalan Melaka Baru 22
    Taman Melaka Baru,Batu Berendam
    75350 Melaka
    Tel:06-3175499 Fax:06-3175216

    11)Public Gold Office(seremban Negeri sembilan)
    152-1,Block M
    Taipan Senawang,Jalan Taman Komersil Senawang 1
    Taman Komersil senawang 70450 seremban
    Negeri Sembilan
    Tel:06-6782916 Fax:06-6781916

    12)Public Gold Office (Alor Star Kedah)
    No.1577,1st & 2nd Floor
    Jalan Kota Alor Star 05000 Kedah
    Tel:04-7344916 Fax:04-7349916

  • RANGKAIAN NIAGA AURA EMAS

    1-GHAZALI BIN ABDULLAH
    HP-012 7311703
    AREA - PONTIAN

    2-HANISAH BINTI JAMHARI
    HP-012 7481705
    AREA - BATU PAHAT

    3-MOHD.YUNUS BIN SIRAJAK
    HP-014 2722713
    AREA - PONTIAN / BATU PAHAT

    4-MOHD.NOR BIN HARUN
    HP-019 7551956
    AREA - PEKAN NANAS / KOTA TINGGI

    5-MOHAMMAD NORHAFIZ BIN SALLEH
    HP-013 7197859
    AREA - KEDAH

    6-MOHAMAD MUJAHID BIN MISRAN
    HP-019 7553638
    AREA - PONTIAN

    7-ANDEK NOR HAIZURAH BINTI YUSUF
    HP-013 7965360
    AREA - PONTIAN /BATU PAHAT

    8-NORMALA BINTI HARUN
    HP-013 7026511
    AREA - JOHOR BAHRU

    9-AMINULDIN BIN AMBOK ANTAK
    HP-019 7387514
    AREA -JOHOR BAHRU / PONTIAN

    10-SAYED ABDUL SALAM AL-IDRUS
    HP-017 7809160
    AREA-JOHOR BAHRU / SELANGOR / NILAI

    11-HAMDAN BIN SUBARI
    HP-017 7110355
    AREA-BATU PAHAT

    12-MOHD.DANIAL HAIKAL BIN SELAMAT
    HP-019 7446886
    AREA -JOHOR BAHRU

    13-NORLELA BT IDRIS
    HP -017 7288163
    AREA -JOHOR BAHRU

    14-HUSSIN
    HP-012 7090359
    AREA -KUKUP PONTIAN

  • CARA-CARA UNTUK MENJADI AGEN PUBLIC GOLD

    INGIN MENJADI AGEN(TOKEY EMAS)

    Modal sebanyak RM 20,000.00 sahaja untuk menjadi agen di bawah rangkaian AURAEMAS GROUP

    LANGKAH1
    -Hantarkan Nama Penuh,Alamat,No.IC,E-mail,No.acc Maybank atau Publicbank, dan No.Handphone ke 019-7200911-MOHD.FADZIL B AMBOK TANG.

    LANGKAH2
    -Anda akan menerima sales order dari Public Gold melalui e-mail anda.

    -Print out sales order tersebut,menerangkan jumlah yang perlu anda bayar.

    -Selepas membuat bayaran atas nama PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD, No.acc Maybank:507134241707.

    -Bawa slip bank original dan juga sales order yang anda print beserta salinan fotostat I.C ke pejabat Public Gold.

    -Di pejabat Public Gold,sila isi borang ejen dan letak nama introducer:-MOHD.FADZIL BIN AMBOK TANG.
    (Dengan ini anda ,telah bergelar tokey emas).

    Walaubagaimanapun belian secara berdikit akan dikira secara terkumpul,hingga mencapai belian RM 40,000.00 boleh menjadi agen.

  • SIJIL PENGIKTIRAFAN PUBLIC GOLD

  • DAILY GOLD CHART

  • Pelawat Blog




    widget
Proudly powered by WordPress Theme: Parament by Automattic.